Sunday 14 February 2010

Aku Kembali Lagi...




Assalamualaikum wbt...

Setelah setahun menyepikan diri dalam arena penulisan blog ini kerana terlalu sibuk dengan urusan dan program-program yang dirancang mahupun tidak dirancang, tiba-tiba hatiku terdetik untuk menyambung kembali penulisan blog yg setelah lame aku tinggalkan.

Semangat utk menyambung kembali blog ini terhasil apabila melihat blog penulisan kawan-kawan dan atas nasihat mereka juga. Maka setelah dipertimbangkan dengan teliti dan bijaksana, tiadalah ruginya jika aku menyambung blog ini kembali. Lagipun sekarang ni kan dunia IT....kita sepatutnya bersedia utk tahu dan faham tentang kemajuan teknologi terkini. Jangan kita sempitkan pemikiran dan jumud terhadap perkara-perkara sebegini..nanti bila orang tanya semua tak tahu...bukan ke kes berat tu....

Bagi aku, tiada salahnya jika kita menggunakan teknologi ini dengan cara dan jalan yang betul. Ia juga merupakan salah satu wasilah utk kita menyampaikan dakwah dan seruan Islam disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Muhammad SAW di muka bumi Allah ini.

0 comments:

Post a Comment

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute