Wednesday 31 March 2010

Bila Al-Quran Mula Berbicara....


Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai mukjizat kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Al-Quran juga adalah mukjizat yang kekal selama-lamanya, tidak seperti Kitab-Kitab terdahulu yang merupakan mukjizat yang telah ditetapkan waktu ke atasnya. Al-Quran merupakan satu garis panduan yang lengkap bagi manusia merangkumi pelbagai aspek kehidupan.


Allah berfirman الم. ذَلِكَ الْكِتاَبُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْن
Maksudnya : Alif Lam Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.
(al-Baqarah: 2)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman :
“Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).”
(Surah al-Isra’, ayat 9).

Firman Allah bermaksud:
“Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?”
(Surah Muhammad, ayat 24).


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', aku kau sentuh
dalam keadaan suci. aku kau pegang
aku, kau junjung dan kau pelajari
aku, engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang. aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan
aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.


Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang. aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar lagu kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau boleh duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah aku kembali...

Baca dan pelajari aku lagi....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

P/S : Jangan lupa membaca Al-Quran di mana saja, bila-bila masa... insyaallah hati akan sentiasa tenang dengan kalimah Al-Quran. Jadikan Al-Quran dekat di mata lekat di hati... bersama kita mengaplikasikan Al-Quran dalam kehidupan kita.

'Update' : Hubungkan silaturrahim dapat memanjangkan umur??


السلام عليكم . بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد


Lama sungguh aku tak meng’update’ blog aku ni. Almaklumlah sibuk dengan pelbagai urusan sekarang ini… berulang alik ke Kedutaan Malaysia di sini, kuliah dan pelbagai urusan lagi. ‘Entry’ kali ini pun aku copy paste dari emel aku je.... tp still bagi manfaat pada semua orang…insyaallah.

Diriwayatkan, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya. Malaikat maut berkata: *Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: “Mengapa demikian(dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?”

Malaikat maut menjawab: “Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi”.

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda: “Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim”.

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.

Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah-menziarahi dengan niat silaturahim. Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan.

Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman.

Firman Allah bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: “(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran”. (Hadis riwayat At-Thabrani).


Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah. Wallahu'alam

Friday 12 March 2010

6 Pesanan Untuk Kaum Wanita


Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-


1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.


2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2 kali setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh disambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100 kali. Selawat ke atas Nabi 100 kali dan beristighfar 100 kali. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun iaitu doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti ketika hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb.


3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat dengan menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu :

Pertama – Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal.

Kedua – Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-hakam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.


4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.


5. Hidup sederhana.


6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah ilallah (mengembangkan agama). Usaha menyampaikan dakwah disetiap tempat agar agama Allah ini tersebar meluas ke seluruh dunia.


Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang resah gelisah. Waallahu'alam.


p/s : Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain.

Insya Allah.

PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA


1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).


2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.


5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."


7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.


8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah bukan diatas keizinannya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tiada keizinan suaminya.


10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.


11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.


12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.


13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, malaikat juga manusia sekalian.


14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.


16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."


17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."


18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.


19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.


20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus

b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang

c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.

* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.

* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.


21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.


22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.

b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.

c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.

d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.

e. Ingat kepada Allah s.w.t.

f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.

g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.

h. Ingat kepada mati.


23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

g. Minta talak.

h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.

i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.

b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.

c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.

d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.

e. Berdiri menyambut kedatangannya.

f. Berdiri menghantar pemergiannya.

g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.

h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.

i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.

j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.

k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.

l. Memuliakan keluarga suaminya.

m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.

n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute