Monday 1 March 2010

Biodata Rasulullah SAW



Salam Maulidurrasul kepada semua para pembaca sekalian. Selawat dan salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad SAW bersama ahli-ahlinya dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Bagaimana sambutan Maulidurrasul di tempat anda? Mesti meriah kan…Alhamdulillah di Mesir ni nampaknya sambutan meriah. Di sana sini ada buat sambutan…pada malam Sabtu 27/02/10 bertempat di rumah Selangor di Haiyu Asyir ini telah datang empat org Sheikh yang disegani di bumi Mesir ini utk bersama-sama menyambut Maulidurrasul bersama pelajar-pelajar Malaysia di sini. Sheikh tersebut ialah Sheikh Usamah, Sheikh Ashraf, Sheikh Jamal Farouq dan Sheikh Fathi Hijazi. Kami bersama-sama mengalunkan qasidah burdah yang memuji keperibadian dan kehebatan Nabi Muhammad SAW sebagai bukti kecintaan dan ketaatan kita kepada nabi Muhammad SAW. Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).

Walaupun macam mana meriah pun sambutan tu tapi kalau kita tak kenal siapa Rasul kita tak guna juga… berarak sana sini, pegang sepanduk x lepas-lepas, siap ada konvoi bermotor pula tu… bila orang tanya siapa Nabi Muhammad SAW? Lahir kat mana? Ayah Nabi Ibu Nabi nama apa? Kalau tak dapat jawab bukan ke sia-sia tu..tu belum tanya sirah perjalanan dan kehidupan Nabi lagi..Ya Allah ruginya kita sebagai umat Nabi Muhammad. Macam mana kita kata sayang nabi, rindu nabi tp asal usul nabi pun kita x tahu..




Penulis nak bercerita sikit (saja suka-suka)… seorang ibu membawa anaknya melihat perarakan Maulidurrasul di kampungnya. Memang nampak meriah sangat sambutan tu.

Anak : Mak…mereka buat apa ramai-ramai tu?
Mak : Mereka sedang berarak beramai-ramai.
Anak : berarak utk apa?
Mak : yang kamu tengok ni adalah perarakan sambutan Maulidurrasul iaitu hari kelahiran Nabi Kita Nabi Muhammad SAW. (bagus betullah jawapan mak budak ni kan)
Anak : Bila Nabi kita lahir mak? (jeng3)
Mak : ???? (berfikir sambil menggarukan kepala yang tak gatal) takkan hari ni kot…hehehe

Moral cerita ni… jgn bawa budak kecil di tempat macam ni… ops!!! bukan camtu lah…ini bermakna kita kena siapkan diri kita dgn ilmu agama dan perkara-perkara asas yang patut kita ketahui utk kita sampaikan kepada orang lain. Contohlah kalau kamu seorang guru bahasa Inggeris…salah seorang pelajar tanya kepada kamu tentang sirah nabi..adakah kamu akan jawab…saya bukan ustaz @ ustazah…kalau nak tahu tanyalah ustaz@ ustazah… kalau tanya tentang bahasa Inggeris bolehlah…(kalau pelajar tu tanya sirah rasul dalam bahasa Inggeris cemana?…same juga kan)

Insyaallah di sini penulis telah meringkaskan biodata tentang Rasulullah SAW sebagai panduan kita bersama. Mungkin juga sebagai persediaan utk kita menjawab soalan-soalan seperti contoh (anak & pelajar) yang penulis bawakan tadi.

BIODATA NABI MUHAMAD

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdu Manaf bin Qusayyi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab…….

Nama-nama lain : Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil ,

Nama-nama Gelaran : Abu Qasim , Al-Amin

Bangsa : Arab Quraisy

Agama : Islam

Tarikh Lahir : Hari Isnin
12 Rabiu’l Awal Tahun Gajah /
( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
Bersamaan 20 April 571 Masihi

Tempat Lahir : Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah

Bilangan Adik-beradik : Anak tunggal ( anak yatim )

Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab

Nama Ibu Susuan : Suwaibah , Halimah As-Sa’diah

Nama-nama Pengasuh : Aminah , Suwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Ummu Aiman

Nama-nama Isteri : Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt.Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsy , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak : Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : Hamzah , Al-A’bbas , Abu Talib , Abu Lahab , Az-Zubir , Abdul Ka’bah , Al-Muqawim , Dhirar , Qusam ,
Al-Mughirah , Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : Sufiah , A’tikah , Barrah , Urwa , Umaimah , Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah , Al-A’bbas
• Sufiah , Urwa

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Mariah al-Qiabtiah , Raihanah

Nama-nama Hamba Lelaki :
• Aslam , Abu Rafi’ , Sauban , Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan , Yasar Nubi

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harisah bin Syarahil

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik , Abdullah bin Mas’ud , U’qbah bin A’mir, Asla’ bin Syarik , Bilal bin Rabah , Abu Zar Al-Ghaffari

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bkar , U’mar , Osman , A’li , Az-Zubir , A’mir , Amru Ibni Al-A’s, Zaib bin Sabit , Mua’wiah Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa

Setiausaha Sulit : Huzaifah b. Yaman

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang
• Rambut ikal mayang
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap
• Bulu dada nipis , keseluhan badan tidak berbulu
• Bulu mata panjang , suara kasar ,gigi hadapan renggang

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
Siddiq [benar], Amanah[jujur], Tabligh[menyampaikan], Fatonah[bijkasana]

Sifat-sifat Yang Mustahil:
Kazib[dusta], Khianah[pecah amanah], Kitman [menyembunyikan], Baladah[bodoh]

Sifat-sifat Yang Harus :
Makan, minum, tidur ,berkahwin,sakit,demam

Pendidikan :
Al-Ummiyu [tidak pandai membaca dan menulis]

Pekerjaan :
• Gembala Kambing
• Berniaga

Perlantikan Menjadi Nabi :
• Umur 40 tahun

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril Alaihi Salam

Tugas Utama :
• Berda’wah

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin
• Ketua Pemerintah Kerajaan Islam Di Madinah

Mu’jizat Utama :
• Al-Quran

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk
• Penghulu segala Nabi dan Rasul
• Orang yang pertama masuk Syurga

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul A’zmi أولوالعزم
( banyak menempuhi ujian berat daripada Allah)
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta if
• Semasa peperangan Uhud

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu : Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’]

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat lembaga Malaikat Jibril di ruang agkasa

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq
• Perempuan Dewasa : Khadijah [isteri Nabi]
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib
• Hamba : Zaid bin Harisah

Sahabat-sahabat Kanan :
1) Abu bakar as-Siddiq
2) Umar al-Khattab
3) Usman bin Affan
4) Ali bin Abu Talib

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
Abu Bakar dan Umar [ mertua ]
Usman dan Ali [ menantu ]

Berita Yang Mengembirakan :
• KeIslaman Umar bin al-Khattab

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi]
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Di Syam, Baitul Maqdis[Palestin]

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha [ Isra’ & Mi’raj ]

Isteri Yang Paling Disayangi :
• A’isyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ]

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hasan bin Ali
• Husin bin Ali

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar

Nasihat Nabi :
• Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perajalanan
Wasiat Nabi :

• Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanyasekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku

Mutiara Kata :
• Sesiapa yang megucap kalimah syahadah pasti akan masuk Syurga

Syafaa’t Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atas baginda

Tarikh Wafat :
• Hari Isnin ( pagi )
• 12 Rabiu’l Awal 11 Hijrah

Umur Nabi :
• 63 tahun , 4 hari

p/s semoga dengan ringkasan biodata Nabi Muhammad SAW ini dapatlah kita sama-sama memahami dan mengetahui serba sedikit tentang latar belakang Rasulullah SAW. Renungkan, bacakan dan selamat menghafal..insyaAllah…

In Team - Budimu Rasulullah

Budimu bagai air mengalir
Jasamu bak selaut mutiara
Baktimu bagai segunung permata….. Ya Rasulullah
Wahai insan bernama Muhammad
Sungguh mulia pengorbananmu
Tidak kenal erti penat lelah…. Ya Rasulullah
Akan ku cuba teruskan perjuanganmu
Sesekali tidak akan kecewa
Walau rintangan jua halangan yang bakal menghalangi perjuangan
Kan ku selawat padamu tanda bukti kecintaan
Moga mendapat pahala dan jua barakah
Wahai nabi kekasih Allah
Sungguh tabah menempuh dugaan
Segala bakti pengorbananmu tuhan saja bisa membalasnya
Ku pohon dicucuri rahmat
Ditetapkan iman di hati
Moga-moga ku menjadi insan yang berguna



0 comments:

Post a Comment

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute