Sunday 1 February 2009

Al-Azhar : Institusi Pengajian Islam Terunggul

Universiti Al-Azhar, Kaherah

Bermulanya disitu...... beratapkan langit terbentang, berdindingkan pelepah-pelepah tamar dan berlantaikan tanah. Bermula disitu……..lahirnya ramai para cendikiawan yang muttaqin dan tawadhu bergelar sahabat-sahabat Nabi S.A.W. Bermula dari situlah ……..para sahabat mampu menggegar dunia dengan membuka pelbagai kota dan memperluaskan wilayah islam. Ya, bermula dari pendidikan yang mereka dapati bersama Rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi , intitusi pendidikan terulung ketika itu.

Semasa Kerajaan Abbasiyah memerintah dunia islam, namun perkembangan ilmu begitu dirasakan. Walau bagaimanapun, kerajaan pada masa itu masih tidak memberi peluang kepada golongan Alawiyyin dalam pentadbiran. Golongan tersebut sangat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, lalu memberontak dan membina kerajaan sendiri iaitu Kerajaan Fatimiyyiah.

Penulis di hadapan Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah

KERAJAAN FATIMIYYAH

Kerajaan Fatimiyyah mula bertapak di Afrika Utara dan berpusat di bandar Qairawan dalam wilayah Maghribi.

Seramai 4 orang khalifah telah memerintah di Afrika utara selama 70 tahun dari tahun 909 hingga 973M. Empat orang khalifah tersebut ialah Ubaidillah al-Mahdi 909-934m, Abu al-Qaim ibn al-Mahdi 934-945, Al-Mansur ibn al-Qiam 945-952M, Al-Muizzu li-Dinillah dan aal-aziz billah

Khalifah ingin diperbincangkan di sini .....ialah Al-Muizzu li-Dinillah 341h-952m. Baginda merupakan seorang khalifah yang mempunyai cita-cita yang tersendiri untuh mengukuhkan kerajaan Fatimiyyah. Strategi pertama dalam misi pengukuhan tersebut ialah perpindahan dari Mahdiyyah, sebuah tempat yang terletak di Maghribi ke suatu tempat yang lebih strategik untuk keselamatan kerajaannya iaitu di Fustat. Baginda kemudiannya telah menamakan Fustat dengan nama baru iaitu al-Qaherah yang bermaksud bandar yang gagah perkasa, dengan harapan bandar yang telah dibukakanya tersebut terus kuat dan gagah perkasa sepanjang zaman.

Bermula dari perpindahan itu, lantas khalifah Al-Muizzu telah menubuhkan masjid yang dinamakan masjid Al-Azhar, sempena mengambil nama isteri Saidina Ali krw, Sidatina Fatimah Az-Zahra. Setelah lebih dari setahun pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah sebagai ibu negara, kerja-kerja pembinaan masjid Al-azhar mula dijalankan iaitu pada 4 April 977m barsamaan 24Jamadil Awal 359H.

Tujuan pembinaan Masjid Al-Azhar tersebut ialah sebagai hadiah kenangan yang akan terus diingati oleh umat Isalam sebagai suatu peninggalan dari kerajaan tersebut.


Pembinaan masjid itu dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli, seorang panglima perkasa dari bandar Barbar. Usaha yang mulia ini telah berjaya diselesaikan pada hari jumaat 22 Jun 972M bersamaan 7 Ramadhan 361H. Perasmiannya telah dimulakan dengan mendirikan Solat Jumaat dalam masjid tersebut dan selepas itu wujudnya pengajian-pengajian yang berteraskan kepada ajaran Syiah sebagaimana pada masa yang sama pengajian-pengajian yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sedang giat dijalankan di Baitul Hikmah.

Pada tahun 378H ,salah seorang menteri kepada khalifah al-Aziz billah yang bernama Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada khalifah untuk menjadikan masjid terebut sebagai jami'ah iaitu sebuah intitusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengtahuan. Maka masjid itu dinamakan Jami'ah al-Azhar.

KEDATANGAN SALEHUDDIN AL-AYUBI

Salehuddin Al-ayubi, berbangsa kurdistan yang menetap di Syam telah datang ke Mesir. Beliau telah dilantik sebagai Menteri oleh kerajaan Fatimiyyah. Dalam masa yang sama beliau dapat mengendalikan kedua-dua jawatan ini dengan begitu baik sedangkan kedua-dua kerajaan tersebut mempunyai pertelingkahan yang banyak.

Salehuddin al-Ayyubi berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie.Dengan kebijaksanaan yang dinugerahkan oleh Allah, beliau telah berjaya menukarkan Jami'ah al-Azhar daripada dikuasai Mazhab Syiah kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menamakan kerajaanya sebagai kerajaan Ayyubiyah. Beliau menghapuskan Syiah dan menukarkan sistem pengajian Jamiah al-azhar berdasarkan pengajian Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ramailah ulama-ulama Syafie yang dahulunya hanya boleh mengajar di Masjid Amru al-As telah berpindah ke Masjid al-Azhar dan terus mengajar di situ.

SYUYUKH AL-AZHAR

Terdapat 49 orang syeikh al-azhar telah dilantik bermula daripada syeikh Muhammad al-Karashi(?-1690) sehinggalah pada hari ini syeikh mehammad sayid tantawi(mula 1996). Pada awalnya , Syeikhul ashar dilantik secara bergilir-gilir mengikut mazhab. Hal ini kerana pada masa dahulu terdapat ulama yang mengarang kitab talfiq al-mazhab dan taqlid hebat diperkatakan pada masa itu.

Berikutan daripada berlakunya pertelingkahan mazhab ini, Al-Azhar telah ditutupi pengajiannya selama dua kali dan tiada syeikh al-Azhar ketika itu iaitu selama dua tahun 1776-1778 dan kali kedua selama empat tahun 1860-1864.Selain daripada itu, al-azhar telah ditutup pengajiannya berikutan kedatangan kerajaan Napoleon Bonaparte.

Napoleon Bonaparte menganggap Mesir seperti anak dara dan Syeikh-syeikh al-azhar boleh diikat secara lembut dngan menggunakan uslub talatuf dan mujamalah. Pada awalnya,mereka tertipu dengan tipu daya Napoleon Bonaparte yang bukan sahaja menukarkan namanya dengan nama Islam selama berada di Mesir,malah dia juga telah membiayai majlis-majlis Maulidur Rasul yang diadakan.

Sebab itulah ada pendapat yang mengatakan bahawa Napoleon Bonaparte telah masuk Islam yang mana sebenarnya dia hanya berpura-pura menukar namanya untuk meneruskan misi jahatnya seperti menarik rambut dalam tepung,rambut tidak putus,tepung tidak berselerak.

Namun , berbekalkan iman yang tinggi dan ilmu pengtahuan yang banyak, Syeikhul Azhar tidak dapat diikat dngan begitu mudah.Syeikh-syeikh al-azhar mula melihat dunia luar Mesir. mereka mendapati Napoleon Bonaparte telah membunuh ramai umat Islam di Afrika.Jadi mengapa di Mesir, Napoleon begitu baik terhadap meraka.Ini tidak lain dan tidak bukan, ada udang di sebalik batu!!!!

Lalu, ulama-ulama Azhar mula mengecam kezaliman Napoleon melalui ceramah-ceramah meraka.Mereka juga menubuhkan satu gerakan melatih umat isalam menggunakan senjata sebagai persediaan untuk menentang penjajah.Apabila hal ini disedari oleh Napoleon, dia juga tidak ketinggalan melatih askar-askarnya di Ahram. Salah seorang daripada askarnya memanjat Abu al-Hul sehingga menyebabkan hidung patung tersebut patah. Disinilah bermulanya patung Abu-Hul cacat di bahagian hadapan mukanya.Dalam masa inilah, ulama-ulama Azhar telah mengambil inisiatif untuk menghantar pelajar-pelajar Al-azhar ke kampung-kampung dalam negara mereka demi keselamatan dan kemaslahatan bersama serta menutup pengajian Al-azhar buat sementara waktu.Selain daripada itu,terdapat syeikh al-azhar yang memanjangkan langkah mereka dengan berceramah di gereja-gereja,menyeru semua agama samawi supaya bersatu untuk menentang penjajah British dan Perancis.Akhirnya, Napoleon lemah dn tidak tahan,lantas membuat persedian untuk melarikan diri. Dia telah terkena banyak arsenik(zarnikh)dan akhirnya telah membunuh diri sendiri.

SISTEM PENGAJIAN

Semasa kerajaan Utmaniyyah menguasai dunia Islam, sistem pengajian Al-azhar masih mengamalkan sistem periwayatan dan hafazan.Syeikh-syeikh al-azhar duduk di tiang-tiang masjid dan dikelilingi oleh anak-anak murid.Syeikh mengajar dan anak-anak murid menyalin pengajaran tersebut sehingga selesai pengajian.Kemudian syeikh akan membaca semula apa yang telah ditulis oleh anak muridnya.Terdapat juga anak murid yang tidak mahu menulis, jadi mereka mengupah tukang salin yang dipanggil nussakh.

Pada masa yang sama,kerajaan Uthmaniyyah mendirikan Masjid biru dan Masjid Aya Sofya,lantas menjadikannya sebagai tempat pengajian.

Menurut Mustafa Sabri dalam bukunya Mauqif al-aql wa al-'ilm. Sistem pengajian di turki adalah lebih baik daripada sistem Badiuzzaman Said Nursi,orang yang sangat dikehendaki oleh penjajah.

Akibat daripada sistem ipengajian tersebut yang terus-terusan diamalkan di al-azhar,seorang murid telah meninggalkan kelasnya iaitu Muhammad Abduh.

Syeikh Muhammad Abduh tinggal bersama bapa saudaranya, salah seorang as-syeikh al-azhar.Sehingga pada suatu ketika, beliau menjadi perintis memperbaiki sistem pengajian al-azhar dngan menambah sistem peperiksaan.

Pasa tahun 60an, sistem al-azhar dikemaskinikan lagi. Semasa Syeikh Hasan menjadi as-syeikh Al-azhar,pelbagai pembaharuan telah dibuat lantaran beliau duduk bersama kerajaan pada masa itu. Pembukaan furu'-furu'(cawangan),membuka Kuliah Handasah(Kejuruteraan)dan Kuliah Tibb(perubatan),dan membuka cawangan bagi pelajar perempuan.Kelas-kelas untuk muslimat telah dibuka buat pertama kalinya di cawangan tanta, selepas itu barulah dibuka di kaherah.

Al-Azhar semakin diperbesarkan, ia mula dikunjungi oleh ramai para pelajar dari luar Mesir.Pada masa itu ,ramai pelajar telah mewaqafkan hartanya sehingga harta tersebut boleh digunakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar wafidin(orang luar Mesir).Namun pada tahun 60an ini jugalah, Al-azhar telah diletakkan di bawah Kementerian Waqaf Bahagian Agama. Semua harta yang dimiliki hendaklah direkodkan dan segala pengurusan harta jua pentadbiran perlulah dirujuk kepada kerajaan.Perlantikan sebagai as-Syeikh al-azhar juga mula ditentukan oleh kerajaan,malah perkataan as-syeikh al-azhar(sifat mausuf)juga telah ditukar menjadi Syeikh al-azhar(idhafah).

Penukaran yang nampaknya kecil ini sebenarnya telah mempengaruhi peranan syeikh Al-azhar yang semakin sempit dan terikat…………..wallahu a'lam

Menuntut Ilmu

Keutamaan ilmu

Imam Syafi'e berkata:"jika aku melihat ahli hadis, terbayang olehku sahabat- sahabat Rasullullah saw. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan mereka, sebab mereka telah melestarikan sesuatu yang asli. Selain itu, mereka memiliki kelebihan diatas kita.

Semua ilmu, kecuali Al-Quran, hadis, feqah, menyibukkan orang. Ilmu yang benar adalah yang jelas rawinya. Sebab, kalau tidak, ilmu itu datangnya dari syaitan-syaitan.


Kegilaan itu gila, dan tiada doktor yang mampu mengubati kegilaan itu, kurendahkan diriku untuk mereka, danku muliakan dari mereka. Diri yang telah kau rendahkan tidak akan mulia.


Insan pengabdi ilmu

Ilmu itu memiliki keutamaan. Keutamaannya ialah membuat semua orang mengabdikan kepadanya. Memelihara ilmu itu wajib, sebagaimana wajib seorang manusia menjaga harta manusia dan hartanya. Barang siapa mempunyai ilmu, kemudian ia mewarisi limunya kepada orang yang tidak berhak menerimanya ,maka zalimlah perbuatanya.

Ilmu Membawa kemuliaan

Aku melihat bahawa pemilik ilmu itu akan mulia meskipun ia di lahirkan di tengah keluarga yang buta huruf. Ilmu selalu dapat mengangkat darjat pemiliknya, sehingga semua orang mulia menghormatinya. Mereka akan mematuhi kata- kata si pemilik ilmu, ibarat pengembala yang menjadi raja bagi pengembalaannya.Setiap orang tidak akan merasakan kebahagiaan tanpa ilmu, dan tanpa ilmu di kenal halal dan haram.

Cara Memperolehi Ilmu

Takkan kau dapatkan ilmu kecuali dengan enam hal, yang akan ku sebutkan ini:Kecerdasan, semangat keras, rajin dan pintar, dan perbelanjaan yang cukup, bersahabat dengan guru dan waktu yang lama.

Kesungguhan

Manakala engkau mendengar tentang tongkat milik nenek- nenek menjadi pohon dan berbuah, percayalah! Manakala engkau mendengar nenek- nenek tewas ketika hendak minum kemudian teggelam di dalaman sungai, buktikanlah!

Jika kekayaan dapat di capai melalui berangan- anggan maka akan engkau temukan aku bergantung ditengah tubuh bintang yang gemerlapan.

Tetapi ingatlah! orang yang diberi ganjaran mulia kerana ilmunya, tak mungkin di beri harta melimpah. Kerana ilmu dan harta tak mungkin berjalan sama.

Sudah menjadi suratan bahawa orang yang akan di naikkan darjatnya, pastilah di uji dengan kemelaratan.

Buktinya, banyak orang pandai yang hidup melarat dan banyak orang yang hidup serba cukup.

Orang yang diberi rezeki dengan mudah, pahalanya sedikit, tidak terpuji, dan tidak mendapat taufiq.

Kesungguhan itu dapat memecahkan persoalan yang berat sekalipun, bahkan dapat membuka setiap pintu yang terkunci.

Menuntut Ilmu

Keterjagaan ku di tengah jalan untuk menekuni ilmu, lebih nikmat bagi ketimbangan lagu dan bau wangian.

Gurisan pena ku di tengah lembaran kertas terasa lebih indah ketimbagan khayal.

Bergelut dengan masaalah keilmuan lebih memgasyikkanku.Ketimbangan mendengar nyayian seorang gadis. Aku terjaga setiap malam untuk belajar, pada saat orang -orang sedang lena tidur.Akankah sama darjat dengan mereka setelah itu?

Belajarlah

Belajarlah! tiada bayi yang baru lahir langsung menjadi ilmuan, dan tak sama antara ilmuan dan orang bodoh. Sebesar apapun sebuah negara, akan lebih kuat bila penduduknya berilmu. Sesumgguhnya negara itu besar jika dibandingkan dengan umurnya negara-negara lain.

Ladang kebanggan manusia

Ilmu itu ladang kebanggan, maka kamu berbanggalah dengan ilmu dan jangan sampai terlewat oleh mu memiliki ladang kebanggan itu. Ketahuilah ilmu tak akan diraih oleh orag- orang yang hidup sederhana.Apabila ilmu sebanyak -banyaknya!meski pun harus banyak bekorban dengan menderita. Kerana, pada suatu hari kelak, bila engkau menghadiri sutu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebaggaan majlis itu.


Hiasan Manusia Adalah Ilmu Dan Taqwa

Terimalah cacian gurumu dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran kerana ilmu gurumu hanya akan dapat engkau terima dengan cara menyerahkan dirimu sepenuhnya kepadanya.

Barang siapa yang tak merasa pahit getirnya menuntut ilmu, meskipun sedikit, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kebodohan seumur hidupnya. Barangsiapa tidak memanfaatkan masa mudanya untuk menuntut ilmu, maka bertakbirlah empat kali untuknya sebagai tanda kematian untuknya.

Pemuda sejati di hadapan Allah akan pemuda berbekal ilmu dan taqwa. Jika dua bekal itu tidak di miliki oleh seorang pemuda, maka ia bukanlah pemuda sejati

Sejarah Politik Islam

Sejarah Politik Islam

Bilakah politik didalam Islam bermula?
Ia bermula pada hari pertama Islam itu diturunkan. Sebab Islam juga bererti satu cara hidup yang syumul merangkumi semua aspek hidup. Dalil: Dan kami turunkan alKitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu. (maksud ayat 89: S. An Nahl) dalil hadis: sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang-orang yang meliputinya dari segenap sudut. Ibn kathir, Vol2, muka surat 163.

Apakah maksud politik?

Dalam bahasa Arab ia dinamakan siasah yang bermaksud menguasai, memerintah, mentadbir,, memimpin, memandu-arah, menyuruh, menegah,mengurus (management), menyusun-atur, mengawal dan sebainya...

Kesemua ciri-ciri siasah tersebut dilaksanakan oleh baginda saw sejak baginda dilantik menjadi Rasul, lantas baginda bersiasah, merancang hijrah, membangun negara kecil Madinah, mengurus perbendaharaan, membuat perlantikan, menganjurkan expedisi dan menyusunatur strategi peperangan dan perjanjian..nah itulah politik.

Politik yang disebutkan diatas ialah politik yang dipanggil politik demokrasi. Ia memang diasaskan oleh Barat terutama USA yang telah memastikan tamaddun mereka dapat bertahan hingga kehari ini kerana memilikki beberapa ciri politik yang amat hampir dengan Islam.

Jika politik yang dimaksudkan oleh saudara bermaksud cara membentuk Kerajaan dan memilih barisan ketua, baginda saw tidak menentukan cara. Apakah rahsia baginda saw tidak menentukan satu cara yang spesifik teknik memilih pemimpin? Kerana baginda menyerahkan hal ini kepada kebijaksanaan umatnya untuk mencari satu sistem yang terbaik untuk memilih ketua. manakala kaum Syi'ah telah tersilap memilih sistem politik yang dimasukkan kedalam doktrin aqeedah mereka; manakal kaum Sunni menjadikan politik hanya sebagai alat sahaja.

Jika Abu bakar dipilih melalui sistem mesyuarat dibalairaya; Umar pula dicalonkan oleh Abu Bakar, manakala Uthman dipilih melalui syura tertutup; manakala Ali pula dipilih atas tawaran beliau; manakala Mu'awiyah naik ketampuk pemerintahan dengan cara tersendiri, yakni MOU dengan keluarga Ali; manakala Mu'awiyah menggunakan sistem perlantikan terus. Kesemua cara ini adalah dalam kontek mursalah mursalah mengikut apa yang terbaik untuk zaman itu. Objektif utama politik Islam ialah kestabilan politik dan penerusan amar makruf nahy mungkar.

Jika utk zaman kita telah dibuktikan cara demokrasi adalah yang terbaik; maka Islam berhak mengambil cara itu; kerana al hikmah ialah barang yang terlepas daripada muslim, maka kita lebih berhak memanfa'atkannya.

Apakah negara kita ini tidak boleh ditegakkan sebuah negara Islam?

Jawapan kita:

Kenapa pula tidak boleh. Menurut Dr Abdul karim Zaidan dalam bukunya 'Mujmata' Islami Alazi Nansyuduhu. Memang Islam ditanzilkan untuk masyarakat majmu' itulah perbezaan Islam berbanding dengan ajaran para anbiya' yang terdahulu. Islam tidak akan membuat banyak perubahan; kebanyakan polisi yang sedang berjalan akan diteruskan; kita lihat apabila RasuluLlah saw membuka Kota Mekah, tidak banyak perubahan yang dibuat kecuali diruntuhkan berhala. malah ketua-ketua kaum dan jawatan-jawatan org musyrik masih dikekalkan dalam pentadbiran Mekah.

Contoh yang kedua ialah bagaimana umat Islam minoriti mampu mentadbir negara India di zaman Mu'awiyah yang majoritinya ialah umat Hindu.

Keunggulan Islam yang ditonjolkan ialah keadilannya, bukan undang-undang potong tangannya atau rejam dengan batu.. persepsi inilah yang perlu dijelaskan kepada bukan Islam.
Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute