Sunday 1 February 2009

Sejarah Politik Islam

Sejarah Politik Islam

Bilakah politik didalam Islam bermula?
Ia bermula pada hari pertama Islam itu diturunkan. Sebab Islam juga bererti satu cara hidup yang syumul merangkumi semua aspek hidup. Dalil: Dan kami turunkan alKitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu. (maksud ayat 89: S. An Nahl) dalil hadis: sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang-orang yang meliputinya dari segenap sudut. Ibn kathir, Vol2, muka surat 163.

Apakah maksud politik?

Dalam bahasa Arab ia dinamakan siasah yang bermaksud menguasai, memerintah, mentadbir,, memimpin, memandu-arah, menyuruh, menegah,mengurus (management), menyusun-atur, mengawal dan sebainya...

Kesemua ciri-ciri siasah tersebut dilaksanakan oleh baginda saw sejak baginda dilantik menjadi Rasul, lantas baginda bersiasah, merancang hijrah, membangun negara kecil Madinah, mengurus perbendaharaan, membuat perlantikan, menganjurkan expedisi dan menyusunatur strategi peperangan dan perjanjian..nah itulah politik.

Politik yang disebutkan diatas ialah politik yang dipanggil politik demokrasi. Ia memang diasaskan oleh Barat terutama USA yang telah memastikan tamaddun mereka dapat bertahan hingga kehari ini kerana memilikki beberapa ciri politik yang amat hampir dengan Islam.

Jika politik yang dimaksudkan oleh saudara bermaksud cara membentuk Kerajaan dan memilih barisan ketua, baginda saw tidak menentukan cara. Apakah rahsia baginda saw tidak menentukan satu cara yang spesifik teknik memilih pemimpin? Kerana baginda menyerahkan hal ini kepada kebijaksanaan umatnya untuk mencari satu sistem yang terbaik untuk memilih ketua. manakala kaum Syi'ah telah tersilap memilih sistem politik yang dimasukkan kedalam doktrin aqeedah mereka; manakal kaum Sunni menjadikan politik hanya sebagai alat sahaja.

Jika Abu bakar dipilih melalui sistem mesyuarat dibalairaya; Umar pula dicalonkan oleh Abu Bakar, manakala Uthman dipilih melalui syura tertutup; manakala Ali pula dipilih atas tawaran beliau; manakala Mu'awiyah naik ketampuk pemerintahan dengan cara tersendiri, yakni MOU dengan keluarga Ali; manakala Mu'awiyah menggunakan sistem perlantikan terus. Kesemua cara ini adalah dalam kontek mursalah mursalah mengikut apa yang terbaik untuk zaman itu. Objektif utama politik Islam ialah kestabilan politik dan penerusan amar makruf nahy mungkar.

Jika utk zaman kita telah dibuktikan cara demokrasi adalah yang terbaik; maka Islam berhak mengambil cara itu; kerana al hikmah ialah barang yang terlepas daripada muslim, maka kita lebih berhak memanfa'atkannya.

Apakah negara kita ini tidak boleh ditegakkan sebuah negara Islam?

Jawapan kita:

Kenapa pula tidak boleh. Menurut Dr Abdul karim Zaidan dalam bukunya 'Mujmata' Islami Alazi Nansyuduhu. Memang Islam ditanzilkan untuk masyarakat majmu' itulah perbezaan Islam berbanding dengan ajaran para anbiya' yang terdahulu. Islam tidak akan membuat banyak perubahan; kebanyakan polisi yang sedang berjalan akan diteruskan; kita lihat apabila RasuluLlah saw membuka Kota Mekah, tidak banyak perubahan yang dibuat kecuali diruntuhkan berhala. malah ketua-ketua kaum dan jawatan-jawatan org musyrik masih dikekalkan dalam pentadbiran Mekah.

Contoh yang kedua ialah bagaimana umat Islam minoriti mampu mentadbir negara India di zaman Mu'awiyah yang majoritinya ialah umat Hindu.

Keunggulan Islam yang ditonjolkan ialah keadilannya, bukan undang-undang potong tangannya atau rejam dengan batu.. persepsi inilah yang perlu dijelaskan kepada bukan Islam.

0 comments:

Post a Comment

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute