Wednesday, 31 March 2010

'Update' : Hubungkan silaturrahim dapat memanjangkan umur??


السلام عليكم . بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد


Lama sungguh aku tak meng’update’ blog aku ni. Almaklumlah sibuk dengan pelbagai urusan sekarang ini… berulang alik ke Kedutaan Malaysia di sini, kuliah dan pelbagai urusan lagi. ‘Entry’ kali ini pun aku copy paste dari emel aku je.... tp still bagi manfaat pada semua orang…insyaallah.

Diriwayatkan, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya. Malaikat maut berkata: *Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: “Mengapa demikian(dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?”

Malaikat maut menjawab: “Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi”.

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda: “Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim”.

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.

Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah-menziarahi dengan niat silaturahim. Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan.

Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman.

Firman Allah bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: “(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran”. (Hadis riwayat At-Thabrani).


Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah. Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute