Friday, 12 March 2010

6 Pesanan Untuk Kaum Wanita


Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-


1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.


2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2 kali setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh disambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100 kali. Selawat ke atas Nabi 100 kali dan beristighfar 100 kali. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun iaitu doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan seperti ketika hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb.


3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat dengan menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu :

Pertama – Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal.

Kedua – Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-hakam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnya untuk belajar.


4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.


5. Hidup sederhana.


6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah ilallah (mengembangkan agama). Usaha menyampaikan dakwah disetiap tempat agar agama Allah ini tersebar meluas ke seluruh dunia.


Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang resah gelisah. Waallahu'alam.


p/s : Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain.

Insya Allah.

2 comments:

Seri Bunga said...

salam wbt

iAllah..mana2 perempuan yg meletakkan mtlamat perkhwinan sbg ibadah pd Allah..psti dia akan mengambil nasihat dan peringatan2 diatas utk diamal..

[bak kata shbt kecintaan bunga..'yg penting,saling memahami'..dan bunga tmbah pula..'dan perlu juga saling melengkapi']

..suami mahupun isteri..perlu jelas..konsep memberi dan menagih tnp syrat..[ini pelajarn yg bunga dpt arini,jd mahu kongsi dgn kamu juga]..

Alam Alie said...

salam wbt...
betol tu cik bunga... sama2 lah kita igt mengingati antara 1 sama lain.. kerana firman Allah ada menyebut : " dan berilah peringatan..ssghnya peringatan amat bermanfaat bg org2 beriman "...

Post a Comment

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute