Monday, 1 March 2010

Angkara Kekejaman Manusia...

Adik Syafiah Humairah kanak-kanak malang yang menjadi mangsa penderaan kejam

Apa nak jadi dengan masyarakat Malaysia sekarang ini. Kalau kita perhatikan setiap hari ada saja berita tentang kes jenayah bunuh, rompak, rogol, sumbang mahram dan macam-macam lagilah. Jadi tak lengkap berita hari tu kalau tiada kes-kes semacam ni. Kadang-kadang kes-kes macam ni seperti bermusim pula. Sebelum ni musim kes bunuh, anak bunuh mak, ayah, suami bunuh isteri, abang bunuh adik, atok bunuh nenek(eh..ada ke?)…pastu kes buang bayi pula…. orang lain yang xde anak tu punyalah susah payah ikhtiar nak dapatkan anak tapi yang ni jenis suka-suka saja buang anak merata-rata tempat…depan masjid, depan rumah orang, yang paling zalim sekali ada yang buang dalam tong sampah dan ada pula yang bakar..manusia ke binatang ni..apa salah budak tu? (maaf..penulis emosi bab-bab ni)…dan sekarang ni pula kes dera smpai mati…kejam betul manusia ni…astaghfirullah al-azim…


وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ


Maksudnya: Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan. Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik.

(Surah al-Baqarah: 195)


Dalam ayat lain Allah SWT menegaskan melalui firman-Nya bermaksud: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum, ayat 41)


Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan ucapan takziah diatas kematian si kecil Syafiah Humairah Sahari 3 tahun, pada hari Khamis 25/02/2010 yang lalu. Berita kematian Syafiah ini mengejutkan semua pihak dan menjadi tajuk perbualan hangat masa kini hingga menjadi tajuk utama berita dan akhbar-akhbar tempatan.


Kematian Syafiah Humairah akibat penderaan kejam ini dipercayai dilakukan oleh teman lelaki ibu kanak-kanak malang tersebut. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan. Mangsa didera tanpa belas kasihan hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.


Menurut sumber lain yang penulis dapati kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut.


Polis telah berjaya menahan suspek dan melakukan ujian air kencing terhadap suspek dan mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja. Memang jahat betul lah dia ni. Penagih dadah rupanya.



Sabda Nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Allahyarham Syafiah Humairah mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali pada Khamis lalu.


Namun, insiden yang menimpa Syafiah tersebut akhirnya membongkar rahsia pasangan itu apabila mereka sebenarnya masih belum mempunyai ikatan. Bayangkanlah selama enam tahun mereka bergelumang dosa tinggal bersama tanpa diketahui status sebenar pasangan ini.

لا يحرم الحرام الحلال


Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal (nikah)


Firman Allah SWT : " Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbutan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Surah Al-Israak,ayat 32)

Daripada ayat di atas Allah dah jelaskan tentang bahaya zina tp dlm kes ini rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu mendakwa, mereka selama ini ditipu pasangan tersebut yang mengatakan kononnya mereka suami-isteri. Pandai betul diaorang berlakon, sampai penduduk kampung pun tak tahu mereka ni tak kahwin lagi.


"Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Ibu Syafiah Humairah

Sebenarnya Nurhanim ibu Syafiah ni masih bersuami. Tapi suami dia sekarang dalam Penjara sungai Buloh kerana didakwa terbabit dalam kes bunuh sejak tahun 2006.


Disangkakan Nurhanim telah berkahwin dengan suspek kerana mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, malah, wanita itu kini sedang hamil empat bulan.

Selain berhadapan tuduhan bunuh, suspek yang ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang syariah kerana bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah.


الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ


Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yeng beriman. (surah An-Nur : ayat 3)


JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

p/s : Dah lah mendera, membunuh, berzina, menagih, menipu entah macam-macam lagilah... inilah yang dinamakan jahiliyah moden. mohon pada Allah semoga kita semua dijauhi daripada perkara-perkara seperti ini..amin ya rabb...

0 comments:

Post a Comment

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute