Tuesday, 16 February 2010

UKHWAH..BAGAIMANA YA?


-Manusia itu lupa-

Manusia dan sifat kelupaan..pasangan yang tak mungkin berpisah. Sefaqih mana pun dia, sehebat mana pun peribadi mukminnya, sifat lupa itu tak mungkin meninggalkan dia..kerana MANUSIA itu ada NASIA dalam jiwanya.

“Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” [102:2-3].

Amat jelas keberuntungan manusia yang saling bergantungan antara satu sama lain. Saling mengingatkan, saling menegur, saling membina jati diri, saling membina biah soleh, saling memastikan tarbiyah berterusan..saling dan saling! Teringat kata-kata seorang teman.. “nikmat ketiga terhebat selepas IMAN dan ISLAM adalah nikmat ukhwah”. Benar dan sohih..kerana hebatnya martabat ukhwah itu bergantung pada kuatnya tautan iman...tingginya martabat ukhwah itu bergantung pada tahap penterjemahan fikrah Islam dalam kehidupannya.

-Berkongsi dengan saudara-

“Sesama muslim itu bersaudara. Oleh kerana itu, jangan menganiaya dan jangan mendiamkan. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, nescaya Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitannya pada hari kiamat. Siapa saja yang menutupi kejelekan seorang muslim, Allah akan menutupi kejelekannya pada hari kiamat”

[Hadis Riwayat al- Bukhari dan Muslim]

Lihat..jelas bukan? Rasullah sendiri dah ‘highlight’ yang setiap daripada kita ini bersaudara. Jadi, patut ke kita kedekut dengan saudara sendri? Hah?? Kedekut apa? Kedekut kasih sayang..kedekut harta..kedekut ilmu..kedekut doa..aiisshhh..malu yang amat kalau kita kedekut atas sesuatu yang bukan hak milik kita..jadi, sila sedar diri!

Hakikatnya, manusia ini miskin..kita tak punya apa-apa..sikit pun tak ada. Semua milik Allah. Sebut kuat-kuat..SEMUA! Jadi tak ada apa yang boleh kita riakkan, sebab dasarnya kita ini hanya peminjam TEGAR. Kita PERLU segera dan pantas bertindak menjadi sebenar-benar MUSLIM, MUKMIN, dan MUTTAQIN..yang hakikinya mungkin miskin dengan harta benda tapi memiliki ‘ghinan nafs’ [kekayaan jiwa]. InsyaAllah..chaiyok!!!

-Diikat oleh asas iman-

Teringat pada nukilan Hasan Al-Banna:

“Ukhwah itu satu ikatan..”

Lebih senang Cik Bunga katakan..ukhwah ini satu ikatan, yang kukuh terikat atas dasar iman. Sambil-sambil menaip ni, teringat kisah muda-muda dulu..ada ramai kawan, bersahabat dengan pelbagai jenis orang: lemah lembut, kasar, panas baran, gedik itik dan manja. Tapi waktu itu elemen jahilliyah lebih menguasai diri daripada elemen Islamiyah. Cik Bunga kawan dengan mereka sebab mereka bijak, peramah, memahami perasaan dan lain-lain..padahal sepatutnya asas persahabatan itu adalah dasar keimanan yang sama, dasar fikrah Islami yang sama..huhu..semoga Allah mengampunkan kesalahan Cik Bunga dan kawan-kawan Cik Bunga..Cik Bunga amat cinta kalian!

-Bagaimana kita??-

Banyak persoalan meluncur laju di kepala... “Bagaimana hubungan kita dengan sahabat kita? Adakah kita menghargai mereka? Apakah yang telah kita lakukan kepadanya? Baikkah? Atau bertindak kejam?”

Jangan kata nak bersama mereka bila mereka susah, nak telefon bertanya khabar pun berkira kredit, bila sahabat sakit, nak jenguk pun malas. Bukan ada usaha nk bantu sahabat mengemas rumah, malah ditambah beban kerja sahabat tadi dengan mnyepahkan rumah! Aiiyyookk..mana pergi persahabatan yang dicanang-canang? Hilang ditiup angin kut! Yelah, asas pun dah goyah, apa yang nak dihairankan!?

Kenapa jadi macam ni? Sebab kita tak mahu membina dan tak bersedia untuk menjalankan [ni jawapan seorang sahabat Cik Bunga bila ditanya pasal UKHWAH].

Terkenang saat perkongsian dengan teman-teman tercinta..

‘..nilai paling rendah dalam ukhwah itu adalah berbaik sangka dan paling tinggi adalah pengorbanan’

Kalau nak kaitkan dengan Seerah..banyak sangat contoh jalinan kukuh ukhwah untuk dijadikan contoh. Salah satunya ialah kisah pada satu perang ni. Cik Bunga tak ingat la perang apa [Cik Bunga ni pelupa..huhuhu]. Masa ni, ada seorang sahabat yang cedera tenat dan perlukan air. Masa nak teguk air tu, dia dengar ada sahabat dia yang merintih nak air..dia pun suruh bagi air tu kt kawan dia..masa kawan dia nak minum, kawan dia dengar plak ada kawan lain yang merintih nak air..pengakhiran kisahnya, ketiga-tiga mereka syahid..

Lihat..amat jelas bagaimana generasi yang dibentuk secara total dengan penghidupan Quran ni menjaga ukhwah persahabatan mereka..tiba-tiba Cik Bunga terbayang, kalau la waktu winter yang amat-amat sejuk, kawan Cik Bunga datang gigil-gigil kat Cik Bunga, sanggupkah Cik Bunga bagi winter coat Cik Bunga pada dia sebagai satu bentuk pengorbanan? Ohh...

-Konklusi-

Konklusinya, tujuan haruslah satu.. “BERKAWAN KERANA ALLAH”..setiap inci adalah kerana Allah..marahlah sahabat kerana Allah, cintailah sahabat kerana Allah, berkata-katalah dengan sahabat kerana Allah.. teringat satu hadith..

“Akan ada tujuh golongan yang dinaungi oleh Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya…. Dua lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah hanya kerana Allah SWT”

Sebut kuat-kuat..KERANA ALLAH!!

“SAYA SAYANG KAMU KERANA AGAMAMU..JIKA HILANG AGAMAMU, MAKA HILANGLAH SAYANGKU”

Tapi perlu diingat, bersahabat perlulah kena caranya. Cara yang Allah mahukan, cara yang Allah suka. Biarlah jalinan hati yang terbina mendapat redha Allah..itu matlamat kita! InsyaAllah matlamat kita adalah syurga Allah! Bersemangatlah!!!

“Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir), ‘berpisahlah kamu (daripada orang-orang mukmin) pada hari ini wahai orang-orang yang berdosa!” [36:59].

MashaAllah.. Cik Bunga tak mahu berpisah dengan kawan-kawan kecintaan Cik Bunga. Cik Bunga nak sama-sama masuk syurga Allah yang hebat dengan mereka. Cik Bunga nak sama-sama dengan mereka untuk jadi hamba Allah yang paling bersifat hamba..insyaAllah!! Kalian pula bagaimana? Jom sama-sama masuk syurga Allah!

P/S: Yang menulis bukanlah bermakna hebat..yang membaca bukanlah bermakna lemah..tapi sebaik-baik manusia adalah manusia bertaqwa..semoga Allah redha..semoga bertambah cinta Allah pada Cik Bunga dan pembaca-pembaca semua!

- Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Bunga kerana sudi berkongsi cerita dan pandangan serta memberi keizinan utk penulis mempamerkan artikel ini.

0 comments:

Post a Comment

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute