Merupakan pelajar tahun 3 Kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar Kaherah, Mesir...... "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dlm bentuk sebaik-baiknya kemudian kami kembalikan dia ke tempat yg serendah-rendahnya(neraka) kecuali org-org yg beriman dan beramal soleh" (surat At-Tin ayat 4-6)
السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Apabila kesibukan menguasai pentas kehidupan…apabila malas menguasai diri…. Apabila kebosanan menguasai fikiran…itulah kesimpulan yang dapat aku lakukan setelah sekian lama tidak meng’update’ atau post entry di blog aku ini.
Kini… jadual peperiksaan sudah keluar. Maka segala kesibukan, kemalasan dan kebosanan tu terpaksa aku buang jauh-jauh. Tapi bagaimana ye? Kadang-kadang masaku lebih banyak dengan internet, buka kitab/buku…menghafal sikit…mula rasa letih, mata mengantuk, lapar dan berbagai-bagai lagi..apa nak jadi dengan aku ni…
Selepas ini, tiada peluanglah untuk aku enjoy lagi.. aku kena berusaha bersungguh-sungguh, bersemangat dalam study..tak boleh main-main lagi… teruskan berusaha wahai Alias Bin Abdul Manan…insyaallah kejayaan menjadi milikku...
Berikut adalah Jadual Peperiksaan Usuluddin Dakwah Tahun 3 semester 2 2009/2010
Bermula dengan Syafawi Al-Quran pada 25/5/2010 ini.. kemudian terus disambung dengan madah lain…
حاضر عالم اسلامى29/05/2010 -
فقة30/05/2010 –
وسائل تبليغ الدعوة31/05/2010 –
القرأن الكريم (تحريري)03/06/2010 –
اللغة العربية06/06/2010 –
تفسير موضوعى07/06/2010 –
خطابة10/06/2010 –
علم الرجل13/06/2010 -
تاريخ الدعوة14/06/2010 –
تيارات الفكرية17/06/2010 –
حضارة الاسلامية20/06/2010 –
ثقافة الاسلامية21/06/2010 –
مقارنة الاديان 24/06/2010 –
اللغة الانجليزية27/06/2010 –
مناهج محدثين28/06/2010 -
Bila tiba musim peperiksaan, pelbagai ragam dapat dilihat… ada yang buat study group,usung kitab ke hulu ke hilir, study sendirian, tasmi’ hafazan dan bermacam-macam lagi.
Kepada sahabat-sahabat seangkatan denganku sekalian...marilah kita sama-sama berjuang sehabis daya untuk menghadapi peperiksaan ini..sesungguhnya kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Ia perlukan kegigihan, kesungguhan dan usaha yang berterusan. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.
"Sekali kaki melangkah dijalan ALLAH ..jangan undur, biar masa berganti, keazaman tetap subur di hati,biar zaman berubah, keyakinan pada ALLAH jangan goyah, cuba sehabis daya, moga kejayaan milik mereka yang berusaha dan yang menempatkan ALLAH dihatinya" dan kepada sahabat-sahabat seperjuanganku salam imtihan aku ucapkan, maafkan aku jika ada salah silap, Doakan kejayaanku ... Bitaufiq wannajah , Amin......
Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.
Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”
Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”
Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih... Cinta yang terindah adalah mencintaimu, Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan. Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu Burung syurga menjauh Dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair: Aku berada dalam kenikmatan Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat Yang tidak mungkin binasa Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” “Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?” “Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya. Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...
Dehearty - Wanita
Tercipta engkau dari rusuk lelaki bukan dari kaki utk dialasi bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung dekat jua dihati untuk dikasihi engkaulah wanita hiasan duniawi
Apabila menyebut perihal ‘dunia hari ini’, terlalu banyak layar negatif berbanding layar positif. Lihat sahaja keliling kita..permasalahan aqidah yang bercampur baur, ibadah yang tiada rujukan, akhlak yang tak Islami, dan pendidikan yang jumud telah menjadikan ummat Islam mengalami kemerosotan yang amat parah! Inilah hakikatnya..yang semakin hari semakin jelas terserlah!
Satu persoalan..mengapa Islam dan konsepnya tidak difungsikan? Sedangkan..Islam ini suatu agama fitrah, yang mana diturunkan oleh Allah sebagai agama yang sangat lengkap bersama sistem aqidah yang jelas, akhlak yang tersusun baik dan mantap, undang-undang yang menjanjikan keadilan dan pelbagai lagi yang memenuhi fitrah kehidupan insan! Satu soalan retorikal yang mahu diaju..di manakah silapnya?
Lihat sahaja generasi Rasulullah dan para sahabat..merekalah bukti kejayaan sejarah dakwah Islam! Mereka ini lahir dan terdidik dengan Al-Quran! Dan pantas sekali mereka digelar “GENERASI AL-QURAN YANG UNIK” atau “GENERASI AL-QURAN BERGERAK”!
=BAGAIMANA GENERASI INI DIBENTUK DENGAN HEBAT?=
*Merujuk sepenuhnya kepada satu sumber iaitu Al-Quran*
Hadith-hadith Rasullah dan petunjuk-petunjuk beliau ini berdasarkan sepenuhnya pada penafsiran sumber Al-Quran. Itu faktanya!
Sehingga satu ketika, ketika Aishah R.A ditanya mengenai sifat dan peribadi Rasulullah..Aishah menjawab:
“Kelakuan dan perjalanan kehidupan baginda (Rasulullah saw) itu ialah Al-Quran”
[Hadith Riwayat Nasai]
Senang cerita.. GENERASI QURAN BERGERAK yang hebat ni merujuk secara total kepada Al-Quran dalam setiap langkah dan gerak-geri mereka! Bukan pada sumber-sumber lain!
Pada masa ni, banyak lagi sumber ilmu daripada tamadun lain: Yunani, Rom, China dll. Tapi mereka langsung tak ambil pusing atau guna sumber ilmu tamadun-tamadun ni.
Generasi hebat ni hanya berpandu hanya pada Quran! Kenapa?? Kerana mereka yakin bahawa sistem kehidupan yang Allah sahaja yang mampu mentadbir alam dan merupakan sistem terhebat melebihi mana-mana sistem lain!
“Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah”
[Al-Baqarah:138]
Bila mana mereka mengakui keimanan kepada Allah..mereka meyakini secara total akan Risalah Allah ini dan mengguna pakai segala isi kandungan ke dalam kehidupan. Sebab itu mereka hebat!
Ada satu peristiwa, di mana Saidina Umar bawa helaian kitab Taurat bertemu Rasulullah. Dan Baginda terus beri teguran! Sabda Baginda:
“Demi Allah sekiranya Nabi Musa a.s masih hidup bersama-sama kamu sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.”
[Hadith Riwayat Al-Hafidz Abu Ya’la dari Hammad dari Asy-Sya’bi dari Jabir]
Hah..Saidina Umar baru je pegang, Rasulullah pantas menegur! Itu menunjukkan betapa Rasulullah nak tekankan hanya Al-Quran yang layak dijadikan bahan rujukan..bukan kitab-kitab lain! Kenapa?? Supaya jiwa-jiwa mereka terus lurus atas garisan yang Allah dah tetapkan! Jelas bukan?
Sebab itu, sangat berbeza la generasi sahabat dahulu dengan generasi sekarang ni. Zaman kini, umat Islam lebih terdorong untuk merujuk falsafah dan ideology manusia.... malah tak mahu merujuk Quran. Aduhai..satu kerugian bagi mereka..
*Punya sikap ‘BELAJAR UNTUK MELAKSANA’*
Generasi Quran yang mantap ini mendalami Quran hanya dengan satu tujuan..untuk mengetahui bagaimana arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup sendiri dan hidup bermasyarakat.
Mereka bukan pelajari Al-Quran dan isinya sebagai bahan hiburan atau penceritaan..
Mereka bukan pelajari Al-Quran dan isinya sebagai bahan akademik atau bahan pelajaran..
Tapi mereka pelajari Al-Quran untuk dibumikan melalui amal dan perbuatan..bukan hanya untuk permulaan tapi untuk sepanjang penghidupan!
Apa yang mereka dah pelajari, secara automatic akan mereka terjemah dalam amal! Terus laksanakan arahan serta-merta! Hebat kan?? Kita pula macam mana??
Sikap ‘belajar untuk melaksanakan’ inilah yang telah menambah luas lapangan hidup mereka, menambah luasnya ma’rifat dan pengalaman mereka dari ajaran AL-QURAN itu yang tidak mungkin mereka capai jika sekadar belajar dari Al-Quran dengan tujuan menyelidik dan mengkaji serta membaca sahaja sebagaimana dilakukan oleh majoriti ummat pada hari ini!
Itulah yang jelas tertulis dalam pelakuan ummat hari ini..dapatkah anda lihat itu??
Sebab itu mereka mudah untuk menghadam isi kandungan Quran..kerana ianya sudah sebati dengan diri dan jiwa mereka..dan perilaku mereka jelas seperti ‘Al-Quran Bergerak’. Itulah kekuatan mereka..yang mana menjadi kekurangan pada ummah hari ini.
Sikap ‘belajar untuk melaksana’ inilah yang menjadi enzim pencetus kehidupan mereka. Jutaan ilmu yang terkandung dalam Al-Quran itu bukan hanya sekadar teori yang tertulis atas lembaran kertas..tapi dibumikan melalui amal tindakan..dibuktikan kesohihannya!
..dan jelas sekali, sikap ini sudah hampir tidak wujud dalam diri ummah zaman ini..inilah faktor kelemahan ummah hari ini..sama ada atas sedar atau tidak, itulah hakikatnya!
“Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan Kami menurunkannya dengan beransur-ansur”
[Al-Isra’: 106]
Kenapa beransur-ansur? Supaya boleh dihadam dan diaplikasi sesuai mengikut keadaan dan situasi..supaya ianya jelas difahami sedikit demi sedikit dan terus menjadi amalan harian..ianya adalah satu bentuk kemudahan yang Allah beri.
Perlu jelas dan terang bahawa AL-QURAN datang untuk dijadikan panduan hidup (minhajul hayah), panduan Ilahi yang tulen, dan Allah swt sendiri telah merasmikan AL-QURAN ini sebagai garis pemisah di antara hak dan batil (Al-Furqan).
..dan kita penerimanya..wajib untuk kita fungsikannya sepertimana yang Allah mahu!
Mungkin satu perbandingan boleh dilihat..di mana Al-Quran hari ini menjadi suatu bahan yang dikaji..yang dihadam tapi bukan untuk amali, tapi untuk dikaji..ummat Islam hari ini tidak lagi ‘berinteraksi’ dengan Al-Quran sebagaimana interaksigenerasi para sahabat Rasulullah dengan Al-Quran..
..dan sebagai natijahnya..lahirkan satu generasi baru yang dengan jelas menunjukkan kemerosotan dari pelbagai aspek kehidupan..
*Pengamalan sifat ‘UZLAH SYU’URIYYAH’ (pengasingan perasaan) dengan sistem yang selain Islam*
Bila mana kita MEMILIH Islam sebagai deen kita..wajib dan menjadi satu kemestian untuk kita membuang dan melucut segala elemen jahiliyyah daripada diri kita.
Bila mana kita MEMILIH Islam sebagai agama anutan kita secara total..wajib dan menjadi satu kemestian untuk kite membina sikap berhati-hati dan berwasapada dalam segala tindakan kita..agar tidak lagi terhumban jatuh dalam ‘gaung’ jahiliyyah.
Bila mana kita MEMILIH Islam sebagai sistem kehidupan kita..wajib dan menjadi kemestian untuk kita merasa izzah dan gembira dengan ‘pakaian’ Islam kita yang tersarung di tubuh, jiwa dan aqal kita.
Namun, tatkala terdorong oleh nafsu dan terasa lemah dalam mengamalkan kehidupan Islam, kita akan merasa berdosa..ibarat kepala dihempap gunung..dan bersegera memohon keampunan Allah dan kembali kepada ajaran yang termaktub dalam Quran..
Inilah yang dikatan sikap ‘uzlah syu’uriyyah’, yakni pengasingan perasaan!
..iaitu pengasingan sepenuhnya antara zaman jahiliyaah seorang Muslim dengan zaman barunya dalm nur Islam!
..dan inilah dia sikap yang wujud dalam diri generasi para sahabat yang hebat..bila mana mereka menjadi tekad dan secara total memisahkan diri mereka dengan segala bentuk elemen jahiliyyah mereka yang terdahulu!
Walaupun kelihatan pada lahirnya dia sering berhubungan dengan orang-orang musyrik di dalam urusan perniagaan, perdagangan atau pergaulan seharian.. TETAPI aqidah, perasaan, ibadah dan akhlak mereka telah jauh berbeza sama sekali dengan cara hidup dan perasaan masyarakat jahiliyyah pada ketika itu.
Lihat sahaja kisah-kisah para sahabat dan sahabiyyah ini..mereka seringkali diuji dengan ujian penderitaan dan siksaan..namun dek kerana dasar keimanan yang utuh tertanam dalam jiwa mereka, mereka sedikit pun tidak tergugat..malah segala ujian ini menambah kuat keyakinan dan pergantungan mereka kepada Allah! Dan mereka memilih untuk tidak sesekali pulang ke zaman jahiliyyah mereka!
Inilah bukti kejayaan sikap ‘uzlah syu’uriyyah’ dalam diri generasi hebat ini..mereka Berjaya mengasingkan jahiliyyah yang pernah ada dalam diri mereka suatu masa dulu dengan diri mereka sekarang sebaik sahaja mereka memilih dan mengakui Allah sebagai Illah dan Rabb mereka..dan Islam sebagai DEEN mereka.
Mari kita bandingkan dengan zaman kita pada hari ini..
..di mana nilai-nilai kehidupan Islam dipandang remeh..
..di mana teori kehidupan Islam lagi tidak lagi menjadi terang dan menjadi pilihan manusia..
..di mana ummat hari ini lebih senang memilih untuk hidup dikelilingi kehidupan jahiliyyah berbanding kehidupan Islamiyah..
Aduhai..satu kerugian..dan inilah salah satu pencetus kegagalan dan kemerosotan ummat Islam hari ini..sedarkah kita??
..dan sejauh mana kesedaran kita itu membantu kita kembali kepada jalan kebenaran? Cukupkah hanya dengan rasa sedar tanpa sebarang usaha untuk bertindak?
=KITA DAH TAK ADA MASA!=
Kita dah kesuntukan masa..kita perlu bergerak sekarang untuk mengubah diri, kemudian bergerak bersama-sama mengubah masyarakat!
Jadi..apa peranan kita??
-kembali semula kepada Al-Quran dan hadith-
Kita perlu faham tujuan penciptaan kita..dan tugas kita sebagai A’BID dan KHALIFAH. Dan untuk faham itu, perlu rujuk peraturan dan garis panduan Allah yang dah termaktub dalam Al-Quran!
-belajar untuk melaksana-
Menjadi satu keperluan untuk kita perbaiki sikap merujuk dan berinteraksi kita..iaitu atas dasar ‘belajar untuk melaksana’..’belajar untuk aplikasi’!
Tanam kecintaan pada Al-Quran dan isinya..basahi lidah dengan aliran kalimah-kalimah sucinya..dan pastinya, istiqomah dalam pelaksanaan setiap hukum yang tercatat di dalamnya..
-bebaskan diri daripada ‘tekanan jahiliyyah’-
Tidak perlu untuk kita bercampur gaul dengan reality masyarakat jahiliyyah ini kerana ianya menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Muslim.
Tidak perlu untuk kita tunduk dengan kehendak kehidupan jahiliyyah kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak Allah.
..sangat perlu untuk kita bebaskan diri daripada konsep, adat, dan kepimpinan jahiliyyah..dan kita perlu kuat untuk itu!
Kenapa?
‘Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya..’
[Ali ‘Imran:83]
Kita ada Islam..jadi kita beramal dengan amalan Islami..bukan dengan amalan agama lain!
-mengubah reality masyarakat-
Bagaimana caranya? Aha..
..dengan mendengarkan, menceritakan, berkongsi kefahaman dan mendidik mereka..dan ianya bermula dengan diri kita sendiri, anak –anak, isteri atau suami, saudara mara..dan seterusnya orang-orang disekeliling kita..sekaligus melebarkan sayap dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat dalam erti yang lebih luas.
Ada yang bertanya.. ‘perlukah begitu? Kalau baikkan diri sendiri je tak boleh ke??’
Dan ini jawapannya..
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘Sungguh aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri?”
[Fussilat: 33]
Itu memang tanggungjawab kita..tak cukup sekadar berakhlak Islami..kita perlu sampai RISALAH ALLAH ini pada yang lain..ini tugas kita! Walaupun ianya terlalu sikit, ia amat perlu! Dan kesannya pasti ada..
Ringkasannya, laksanakan Islam yang syumul ini dalam kehidupan..bangunkan Islam, runtuhkan kejahilan!
=KONKLUSI=
Itulah dia faktor lahirnya GENERASI QURAN YANG HEBAT ini..generasi pilihan Allah..yang mana membuktikan kepada ummah harini bagaimana hasil didikan Quran dan kesannya pada manusia..baik di dunia mahupun di akhirat..
..dan ia memotivasikan kita..ia menjadi inspirasi kita..kita juga mahu jadi seperti merakakan? Jadi kita juga perlu punya sikap seperti meraka..
..ya..pasti ada kesukaran yang menanti..tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi..
‘Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik’
Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai mukjizat kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Al-Quran juga adalah mukjizat yang kekal selama-lamanya, tidak seperti Kitab-Kitab terdahulu yang merupakan mukjizat yang telah ditetapkan waktu ke atasnya. Al-Quran merupakan satu garis panduan yang lengkap bagi manusia merangkumi pelbagai aspek kehidupan.
Allah berfirman الم. ذَلِكَ الْكِتاَبُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْن Maksudnya : Alif Lam Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.
(al-Baqarah: 2)
Di dalam ayat yang lain Allah berfirman : “Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar).”
(Surah al-Isra’, ayat 9).
Firman Allah bermaksud: “Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?”
(Surah Muhammad, ayat 24).
Waktu engkau masih kanak-kanak............. kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', aku kau sentuh dalam keadaan suci. aku kau pegang aku, kau junjung dan kau pelajari aku, engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa.............. Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang. aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian. Di dalam almari, di dalam laci. aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi... surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktu petang. aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca suratkhabar dahulu Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah). Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar lagu kegemaranmu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku......... E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran televisyen Di depan komputer berjam-jam engkau boleh duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah Waktupun cepat berlalu......... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku. Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya..... kubur yang setia menunggu mu........... Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu Keluarkanlah segera aku dari almari, lacimu....... Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah aku kembali...
Baca dan pelajari aku lagi.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan engkau biarkan aku sendiri.... Dalam bisu dan sepi....
P/S : Jangan lupa membaca Al-Quran di mana saja, bila-bila masa... insyaallah hati akan sentiasa tenang dengan kalimah Al-Quran. Jadikan Al-Quran dekat di mata lekat di hati... bersama kita mengaplikasikan Al-Quran dalam kehidupan kita.
السلام عليكم . بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد
Lama sungguh aku tak meng’update’ blog aku ni. Almaklumlah sibuk dengan pelbagai urusan sekarang ini… berulang alik ke Kedutaan Malaysia di sini, kuliah dan pelbagai urusan lagi. ‘Entry’ kali ini pun aku copy paste dari emel aku je.... tp still bagi manfaat pada semua orang…insyaallah.
Diriwayatkan, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Pada masa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya. Malaikat maut berkata: *Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yang ternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat. Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya.
Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: “Mengapa demikian(dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?”
Malaikat maut menjawab: “Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi”.
Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda: “Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim”.
Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya.
Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah-menziarahi dengan niat silaturahim. Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan.
Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman.
Firman Allah bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujuraat, ayat 10)
Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: “(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran”. (Hadis riwayat At-Thabrani).
Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah. Wallahu'alam
4 GOLONGAN SASARAN DAKWAH
-
*Menurut Imam al Ghazali,masyarakat yang menjadi sasaran dakwah itu
terbahagi kepada 4 golongan:*
1) Golongan yang jahil - golongan ini tidak berniat un...
Amalan bersedekah lebih afdhal utamakan keluarga
-
*Wajib penuhi keperluan mereka di bawah tanggungan sebelum menolong orang
lain*
TANGAN di atas lebih baik daripada tangan yang menerima ialah galakan
s...
PENGENALAN KEMBARA SUFI
-
Trip Kembara Sufi.
Kembara Sufi dianggotai oleh Mahasiwa- mahasiswi Universiti Al-Azhar yang
berpengalaman dalam mengendalikan urusan travel di Mesir. Ma...