Monday 19 April 2010

Dijodohkan di Syurga

Kisah COUPLE yang betul-betul menyayat hati


Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.


Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”



Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...


Dehearty - Wanita

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki utk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua dihati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi


Subhanallah!!

Thursday 15 April 2010

‘MEREKA GENERASI TERPILIH..MEREKA GENERASI UNIK’


Apabila menyebut perihal ‘dunia hari ini’, terlalu banyak layar negatif berbanding layar positif. Lihat sahaja keliling kita..permasalahan aqidah yang bercampur baur, ibadah yang tiada rujukan, akhlak yang tak Islami, dan pendidikan yang jumud telah menjadikan ummat Islam mengalami kemerosotan yang amat parah! Inilah hakikatnya..yang semakin hari semakin jelas terserlah!

Satu persoalan..mengapa Islam dan konsepnya tidak difungsikan? Sedangkan..Islam ini suatu agama fitrah, yang mana diturunkan oleh Allah sebagai agama yang sangat lengkap bersama sistem aqidah yang jelas, akhlak yang tersusun baik dan mantap, undang-undang yang menjanjikan keadilan dan pelbagai lagi yang memenuhi fitrah kehidupan insan! Satu soalan retorikal yang mahu diaju..di manakah silapnya?

Lihat sahaja generasi Rasulullah dan para sahabat..merekalah bukti kejayaan sejarah dakwah Islam! Mereka ini lahir dan terdidik dengan Al-Quran! Dan pantas sekali mereka digelar “GENERASI AL-QURAN YANG UNIK” atau “GENERASI AL-QURAN BERGERAK”!

=BAGAIMANA GENERASI INI DIBENTUK DENGAN HEBAT?=

*Merujuk sepenuhnya kepada satu sumber iaitu Al-Quran*

Hadith-hadith Rasullah dan petunjuk-petunjuk beliau ini berdasarkan sepenuhnya pada penafsiran sumber Al-Quran. Itu faktanya!

Sehingga satu ketika, ketika Aishah R.A ditanya mengenai sifat dan peribadi Rasulullah..Aishah menjawab:

“Kelakuan dan perjalanan kehidupan baginda (Rasulullah saw) itu ialah Al-Quran”

[Hadith Riwayat Nasai]

Senang cerita.. GENERASI QURAN BERGERAK yang hebat ni merujuk secara total kepada Al-Quran dalam setiap langkah dan gerak-geri mereka! Bukan pada sumber-sumber lain!

Pada masa ni, banyak lagi sumber ilmu daripada tamadun lain: Yunani, Rom, China dll. Tapi mereka langsung tak ambil pusing atau guna sumber ilmu tamadun-tamadun ni.

Generasi hebat ni hanya berpandu hanya pada Quran! Kenapa?? Kerana mereka yakin bahawa sistem kehidupan yang Allah sahaja yang mampu mentadbir alam dan merupakan sistem terhebat melebihi mana-mana sistem lain!

“Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah”

[Al-Baqarah:138]

Bila mana mereka mengakui keimanan kepada Allah..mereka meyakini secara total akan Risalah Allah ini dan mengguna pakai segala isi kandungan ke dalam kehidupan. Sebab itu mereka hebat!

Ada satu peristiwa, di mana Saidina Umar bawa helaian kitab Taurat bertemu Rasulullah. Dan Baginda terus beri teguran! Sabda Baginda:

“Demi Allah sekiranya Nabi Musa a.s masih hidup bersama-sama kamu sekarang pun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikut ajaranku.”

[Hadith Riwayat Al-Hafidz Abu Ya’la dari Hammad dari Asy-Sya’bi dari Jabir]

Hah..Saidina Umar baru je pegang, Rasulullah pantas menegur! Itu menunjukkan betapa Rasulullah nak tekankan hanya Al-Quran yang layak dijadikan bahan rujukan..bukan kitab-kitab lain! Kenapa?? Supaya jiwa-jiwa mereka terus lurus atas garisan yang Allah dah tetapkan! Jelas bukan?

Sebab itu, sangat berbeza la generasi sahabat dahulu dengan generasi sekarang ni. Zaman kini, umat Islam lebih terdorong untuk merujuk falsafah dan ideology manusia.... malah tak mahu merujuk Quran. Aduhai..satu kerugian bagi mereka..

*Punya sikap ‘BELAJAR UNTUK MELAKSANA’*

Generasi Quran yang mantap ini mendalami Quran hanya dengan satu tujuan..untuk mengetahui bagaimana arahan dan perintah Allah dalam urusan hidup sendiri dan hidup bermasyarakat.

Mereka bukan pelajari Al-Quran dan isinya sebagai bahan hiburan atau penceritaan..

Mereka bukan pelajari Al-Quran dan isinya sebagai bahan akademik atau bahan pelajaran..

Tapi mereka pelajari Al-Quran untuk dibumikan melalui amal dan perbuatan..bukan hanya untuk permulaan tapi untuk sepanjang penghidupan!

Apa yang mereka dah pelajari, secara automatic akan mereka terjemah dalam amal! Terus laksanakan arahan serta-merta! Hebat kan?? Kita pula macam mana??

Sikap ‘belajar untuk melaksanakan’ inilah yang telah menambah luas lapangan hidup mereka, menambah luasnya ma’rifat dan pengalaman mereka dari ajaran AL-QURAN itu yang tidak mungkin mereka capai jika sekadar belajar dari Al-Quran dengan tujuan menyelidik dan mengkaji serta membaca sahaja sebagaimana dilakukan oleh majoriti ummat pada hari ini!

Itulah yang jelas tertulis dalam pelakuan ummat hari ini..dapatkah anda lihat itu??

Sebab itu mereka mudah untuk menghadam isi kandungan Quran..kerana ianya sudah sebati dengan diri dan jiwa mereka..dan perilaku mereka jelas seperti ‘Al-Quran Bergerak’. Itulah kekuatan mereka..yang mana menjadi kekurangan pada ummah hari ini.

Sikap ‘belajar untuk melaksana’ inilah yang menjadi enzim pencetus kehidupan mereka. Jutaan ilmu yang terkandung dalam Al-Quran itu bukan hanya sekadar teori yang tertulis atas lembaran kertas..tapi dibumikan melalui amal tindakan..dibuktikan kesohihannya!

..dan jelas sekali, sikap ini sudah hampir tidak wujud dalam diri ummah zaman ini..inilah faktor kelemahan ummah hari ini..sama ada atas sedar atau tidak, itulah hakikatnya!

“Dan Al-Quran itu telah Kami bahagi-bahagikan dia agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dengan lambat dan tenang dan Kami menurunkannya dengan beransur-ansur”

[Al-Isra’: 106]

Kenapa beransur-ansur? Supaya boleh dihadam dan diaplikasi sesuai mengikut keadaan dan situasi..supaya ianya jelas difahami sedikit demi sedikit dan terus menjadi amalan harian..ianya adalah satu bentuk kemudahan yang Allah beri.

Perlu jelas dan terang bahawa AL-QURAN datang untuk dijadikan panduan hidup (minhajul hayah), panduan Ilahi yang tulen, dan Allah swt sendiri telah merasmikan AL-QURAN ini sebagai garis pemisah di antara hak dan batil (Al-Furqan).

..dan kita penerimanya..wajib untuk kita fungsikannya sepertimana yang Allah mahu!

Mungkin satu perbandingan boleh dilihat..di mana Al-Quran hari ini menjadi suatu bahan yang dikaji..yang dihadam tapi bukan untuk amali, tapi untuk dikaji..ummat Islam hari ini tidak lagi ‘berinteraksi’ dengan Al-Quran sebagaimana interaksi generasi para sahabat Rasulullah dengan Al-Quran..

..dan sebagai natijahnya..lahirkan satu generasi baru yang dengan jelas menunjukkan kemerosotan dari pelbagai aspek kehidupan..

*Pengamalan sifat ‘UZLAH SYU’URIYYAH’ (pengasingan perasaan) dengan sistem yang selain Islam*

Bila mana kita MEMILIH Islam sebagai deen kita..wajib dan menjadi satu kemestian untuk kita membuang dan melucut segala elemen jahiliyyah daripada diri kita.

Bila mana kita MEMILIH Islam sebagai agama anutan kita secara total..wajib dan menjadi satu kemestian untuk kite membina sikap berhati-hati dan berwasapada dalam segala tindakan kita..agar tidak lagi terhumban jatuh dalam ‘gaung’ jahiliyyah.

Bila mana kita MEMILIH Islam sebagai sistem kehidupan kita..wajib dan menjadi kemestian untuk kita merasa izzah dan gembira dengan ‘pakaian’ Islam kita yang tersarung di tubuh, jiwa dan aqal kita.

Namun, tatkala terdorong oleh nafsu dan terasa lemah dalam mengamalkan kehidupan Islam, kita akan merasa berdosa..ibarat kepala dihempap gunung..dan bersegera memohon keampunan Allah dan kembali kepada ajaran yang termaktub dalam Quran..

Inilah yang dikatan sikap ‘uzlah syu’uriyyah’, yakni pengasingan perasaan!

..iaitu pengasingan sepenuhnya antara zaman jahiliyaah seorang Muslim dengan zaman barunya dalm nur Islam!

..dan inilah dia sikap yang wujud dalam diri generasi para sahabat yang hebat..bila mana mereka menjadi tekad dan secara total memisahkan diri mereka dengan segala bentuk elemen jahiliyyah mereka yang terdahulu!

Walaupun kelihatan pada lahirnya dia sering berhubungan dengan orang-orang musyrik di dalam urusan perniagaan, perdagangan atau pergaulan seharian.. TETAPI aqidah, perasaan, ibadah dan akhlak mereka telah jauh berbeza sama sekali dengan cara hidup dan perasaan masyarakat jahiliyyah pada ketika itu.

Lihat sahaja kisah-kisah para sahabat dan sahabiyyah ini..mereka seringkali diuji dengan ujian penderitaan dan siksaan..namun dek kerana dasar keimanan yang utuh tertanam dalam jiwa mereka, mereka sedikit pun tidak tergugat..malah segala ujian ini menambah kuat keyakinan dan pergantungan mereka kepada Allah! Dan mereka memilih untuk tidak sesekali pulang ke zaman jahiliyyah mereka!

Inilah bukti kejayaan sikap ‘uzlah syu’uriyyah’ dalam diri generasi hebat ini..mereka Berjaya mengasingkan jahiliyyah yang pernah ada dalam diri mereka suatu masa dulu dengan diri mereka sekarang sebaik sahaja mereka memilih dan mengakui Allah sebagai Illah dan Rabb mereka..dan Islam sebagai DEEN mereka.

Mari kita bandingkan dengan zaman kita pada hari ini..

..di mana nilai-nilai kehidupan Islam dipandang remeh..

..di mana teori kehidupan Islam lagi tidak lagi menjadi terang dan menjadi pilihan manusia..

..di mana ummat hari ini lebih senang memilih untuk hidup dikelilingi kehidupan jahiliyyah berbanding kehidupan Islamiyah..

Aduhai..satu kerugian..dan inilah salah satu pencetus kegagalan dan kemerosotan ummat Islam hari ini..sedarkah kita??

..dan sejauh mana kesedaran kita itu membantu kita kembali kepada jalan kebenaran? Cukupkah hanya dengan rasa sedar tanpa sebarang usaha untuk bertindak?

=KITA DAH TAK ADA MASA!=

Kita dah kesuntukan masa..kita perlu bergerak sekarang untuk mengubah diri, kemudian bergerak bersama-sama mengubah masyarakat!

Jadi..apa peranan kita??

-kembali semula kepada Al-Quran dan hadith-

Kita perlu faham tujuan penciptaan kita..dan tugas kita sebagai A’BID dan KHALIFAH. Dan untuk faham itu, perlu rujuk peraturan dan garis panduan Allah yang dah termaktub dalam Al-Quran!

-belajar untuk melaksana-

Menjadi satu keperluan untuk kita perbaiki sikap merujuk dan berinteraksi kita..iaitu atas dasar ‘belajar untuk melaksana’..’belajar untuk aplikasi’!

Tanam kecintaan pada Al-Quran dan isinya..basahi lidah dengan aliran kalimah-kalimah sucinya..dan pastinya, istiqomah dalam pelaksanaan setiap hukum yang tercatat di dalamnya..

-bebaskan diri daripada ‘tekanan jahiliyyah’-

Tidak perlu untuk kita bercampur gaul dengan reality masyarakat jahiliyyah ini kerana ianya menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Muslim.

Tidak perlu untuk kita tunduk dengan kehendak kehidupan jahiliyyah kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak Allah.

..sangat perlu untuk kita bebaskan diri daripada konsep, adat, dan kepimpinan jahiliyyah..dan kita perlu kuat untuk itu!

Kenapa?

‘Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di bumi berserah diri kepadaNya..’

[Ali ‘Imran:83]

Kita ada Islam..jadi kita beramal dengan amalan Islami..bukan dengan amalan agama lain!

-mengubah reality masyarakat-

Bagaimana caranya? Aha..

..dengan mendengarkan, menceritakan, berkongsi kefahaman dan mendidik mereka..dan ianya bermula dengan diri kita sendiri, anak –anak, isteri atau suami, saudara mara..dan seterusnya orang-orang disekeliling kita..sekaligus melebarkan sayap dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat dalam erti yang lebih luas.

Ada yang bertanya.. ‘perlukah begitu? Kalau baikkan diri sendiri je tak boleh ke??’

Dan ini jawapannya..

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘Sungguh aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri?”

[Fussilat: 33]

Itu memang tanggungjawab kita..tak cukup sekadar berakhlak Islami..kita perlu sampai RISALAH ALLAH ini pada yang lain..ini tugas kita! Walaupun ianya terlalu sikit, ia amat perlu! Dan kesannya pasti ada..

Ringkasannya, laksanakan Islam yang syumul ini dalam kehidupan..bangunkan Islam, runtuhkan kejahilan!

=KONKLUSI=

Itulah dia faktor lahirnya GENERASI QURAN YANG HEBAT ini..generasi pilihan Allah..yang mana membuktikan kepada ummah harini bagaimana hasil didikan Quran dan kesannya pada manusia..baik di dunia mahupun di akhirat..

..dan ia memotivasikan kita..ia menjadi inspirasi kita..kita juga mahu jadi seperti meraka kan? Jadi kita juga perlu punya sikap seperti meraka..

..ya..pasti ada kesukaran yang menanti..tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi..

‘Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik’

[Al-Ankabut: 69]

Kembara Gurun Sahara © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute